Posts

Showing posts from October, 2024

KESAN BANJIR TERHADAP KESIHATAN MENTAL : MENGALAMI TRAUMA DAN STRESS

Image
B ila kita sebut tentang banjir, kebanyakan orang akan terus terfikir tentang air yang naik, rumah yang tenggelam, dan kerugian harta benda. Tapi, ada satu lagi kesan yang mungkin tak ramai orang nampak – kesan terhadap kesihatan mental . Banjir bukan sekadar musibah fizikal, ia juga boleh membawa kepada trauma dan stress yang berpanjangan. Trauma Selepas Banjir Bayangkan, anda baru saja balik ke rumah selepas banjir surut dan lihat keadaan rumah yang teruk – perabot rosak, barangan peribadi hanyut, malah mungkin ada kenangan berharga yang dah hilang. Situasi macam ni bukan sahaja menimbulkan rasa kecewa, malah boleh mencetuskan trauma . Trauma akibat banjir boleh terjadi bila seseorang berasa terancam atau hilang rasa selamat. Perasaan takut bila dengar hujan lebat atau melihat air mula naik boleh mencetuskan flashback  atau ingatan semula tentang kejadian banjir yang lepas. Orang yang pernah melalui pengalaman buruk ini mungkin juga akan mengalami nightmare  atau mimpi ngeri...