TIPS PENJAGAAN KAKI BAGI PENGHIDAP DIABETES
Assalammualaikum. Hari ni Wafa nak kongsikan bagaimana cara untuk penjagaan kaki bagi penghidap diabetes. Gambar dibawah ini menunjukkan contoh kaki bagi pesakit diabetes. Tips Penjagaan Kaki Bagi Penghidap Diabetes 1) Periksa kaki setiap kali anda membuka kasut dan stoking untuk memastikan tidak terdapat kecederaan kecil atau tanda-tanda merah. Gunakan cermin untuk melihat bawah kaki anda. Jadikan rutin ini amalan harian anda. 2) Periksa didalam kasut anda sebelum memakainya dan pakailah kasut yang selesa dan tidak terlalu sempit kerana tekanan dari kasut boleh menyebabkan luka (pressure sore). 3) Jangan berkaki ayam ketika berjalan terutamanya ditepi pantai. Kaki yang kebas tidak dapat merasa atau mengesan objek walaupun ianya jenis tajam. 4) Jangan gunakan air panas untuk merendam kaki anda kerana kaki mungkin boleh cedera kerana deria rasa yang tidak sensitif. Jika terdapat kulit keras pada kaki (corns) maka jangan buang dengan menggunakan pisau, sebalikn...