TIPS PENJAGAAN KAKI BAGI PENGHIDAP DIABETES

Assalammualaikum.

Hari ni Wafa nak kongsikan bagaimana cara untuk penjagaan kaki bagi penghidap diabetes. Gambar dibawah ini menunjukkan contoh kaki bagi pesakit diabetes.

kaki penghidap diabetes

Tips Penjagaan Kaki Bagi Penghidap Diabetes

1) Periksa kaki setiap kali anda membuka kasut dan stoking untuk memastikan tidak terdapat kecederaan kecil atau tanda-tanda merah. Gunakan cermin untuk melihat bawah kaki anda. Jadikan rutin ini amalan harian anda.

2) Periksa didalam kasut anda sebelum memakainya dan pakailah kasut yang selesa dan tidak terlalu sempit kerana tekanan dari kasut boleh menyebabkan luka (pressure sore).

3) Jangan berkaki ayam ketika berjalan terutamanya ditepi pantai. Kaki yang kebas tidak dapat merasa atau mengesan objek walaupun ianya jenis tajam.

4) Jangan gunakan air panas untuk merendam kaki anda kerana kaki mungkin boleh cedera kerana deria rasa yang tidak sensitif. Jika terdapat kulit keras pada kaki (corns) maka jangan buang dengan menggunakan pisau, sebaliknya gunakan sedikit minyak (contohnya minyak zaitun atau krim yang sesuai) dan sapukan pada tempat itu untuk melembutkannya.

5) Jagalah kaki anda supaya sentiasa bersih dan kering. Jika anda mendapat kecederaan pada kaki anda, jumpalah doktor dengan segera. 

Diatas adalah antara tips untuk penjagaan kaki bagi penghidap diabetes, sekarang dah tahu kan jadi kita usaha amalkan daripada keadaan jadi lebih teruk. Dan jom kita tengok pula fakta mengenai diabetes.

Fakta Mengenai Diabetes

1) Kebanyakan daripada penghidap terdiri daripada mereka yang berumur sekitar 30 an dan ke atas dengan peratusan antara lelaki dan perempuan adalah sama iaitu 50:50. Ini bermakna bagi setiap 100 penduduk dewasa di negara ini, 13 orang daripadanya menghidap diabetes.

2) Penghidap diabetes mudah terdedah kepada luka di kaki kerana masalah kekurangan darah ke kaki dan akhirnya pesakit akan kehilangan deria sentuhan, sakit dan suhu pada kaki.

3) Pesakit juga akan berasa kebas atau mencucuk-cucuk dan hilang langsung deria rasa pada kaki. Ini juga berlaku pada kedua-dua kakinya. Bagi mereka yang mempunyai kulit kaki yang tebal dan keras atau dipanggil 'corns', kaki mudah merekah dan mendapat jangkitan.

Itu saja perkongsian dari Wafa untuk hari ini. Ayuh sama-samalah kita menjaga kesihatan. Mencegah itu lebih baik daripada merawat kan.

Rujukan: Majalah Rapi (Erny Hernani Hashim)

Comments

Popular posts from this blog

RAHSIA LUKA CZER CEPAT SEMBUH

RAHSIA SAKIT CZER MINIMAL DAN CEPAT SEMBUH

RAHSIA SAKIT DAN LENGUH BADAN HILANG SELEPAS 3 MINGGU