CARA TURUNKAN POWER RABUN DALAM MASA 5 MINGGU
Bila dah rabun, penglihatan agak terbatas berbanding tidak rabun. Ramai yang tidak suka memakai cermin mata walaupun rabun kerana bagi sesetengah orang memakai cermin mata mempengaruhi imejnya dan membuatkan rupanya tidak menarik. Selain itu, tidak semua juga yang mampu untuk membuat pembedahan laser disebabkan kosnya yang tinggi. Jadi, kita kena yakin setiap penyakit ada penawarnya. Perkongsian daripada pengalaman Cik Puan Mashidayu Mohyi dapat membantu bagi mereka yang inginkan power rabun jauh turun. Nama saya Siti Mashidayu. Saya ingin berkongsi dengan anda kisah mengenai mata saya. Saya mengalami masalah mata iaitu rabun jauh sejak dari tngkatan 3. Kerana saya amat gemar membaca buku dan menonton televisyen. Rabun saya bermula dengan power 100 dan sekarang bertambah hingga menjadi 375. Dalam 6 bulan yang lepas, saya baru sahaja menukar cermin mata saya dari power 300 hingga menjadi 375. Kenaikan sebanyak 75 power mata saya itu menyebabkan saya mengalami sakit kepala di...