CARA HILANGKAN BATU KARANG
Batu karang merupakan batu yang terbentuk di dalam saluran kencing iaitu dari buah pinggan hingga ke pundi kencing.Sebanyak 10% pesakit lelaki dan 5% pesakit wanita yang berisiko menghidap sakit batu karang. Disini merupakan salah seorang pesakit batu karang iaitu Puan Akmal Mustafa yang telah berjaya sembuh. Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Akmal Mustafa dan berumur 28 tahun. Saya seorang suri rumah, mempunyai 3 orang anak dan kini menetap di Terengganu. Saya pernah mengalami masalah sakit kencing sejak dari bangku sekolah. Seingat saya ketika saya di tingkatan tiga. Penyakit tersebut berlarutan untuk jangka masa yang agak lama. Hinggalah apabila saya berkahwin pada tahun 2008. Kesakitan yang saya alami semakin teruk. Saya mula tahu saya menghidap batu karang apabila terjadi insiden selepas saya mengurut perut dengan bidan, pada hari yang sama saya merasa sakit yang terlampau dahsyat. Seperti ada sesuatu yang tajam seolah menghiris bahagian peranakan seta saluran kenci...