RAHSIA SAKIT CZER MINIMAL DAN CEPAT SEMBUH
Bersalin czer melibatkan pembedahan besar dibahagian perut dan pelvis. Bersalin czer sama ada sengaja atau tidak sengaja tujuan tetap sama iaitu ingin menyelamatkan nyawa ibu dan bayi tersebut. Sekali dah czer lebih berkemungkinan untuk bersalin secara czer pada kehamilan akan datang pula. Jadi, sudah siap sediakah mental dan fizikal ibu-ibu? Disini ada perkongsian daripada Dr. Nadia Abdul Kadir tentang pengalamannya bersalin secara czer dan membuat pembedahan appendik. Hi, Assalamualaikum.. Saya Dr. Nadia Abdul Kadir, berumur 34 tahun dan memiliki 4 orang cahaya mata. Saya ingin berkongsi kisah saya menghidap radang appendiks semasa hamil. Semasa mengandungkan Baby A'isya (anak ke 4) saya 7 bulan lepas, saya mengalami 2 episod sakit pada bahagian kanan perut. Kali pertama dalam 32 minggu dan saya disahkan menghadapi Acute Appendicitis (keradangan pada appendik). Disebabkan kandungan masih awal dan pembedahan membuang appendiks adalah berisiko kepada baby, saya ...