Posts

Showing posts from May, 2017

TIDAK SEDAR JANGKITAN KULAT DI FARAJ

Image
Assalammualaikum. Kita tidak sedar lebihan lelehan di faraj boleh menyebabkan jangkitan kulat. Bahaya tau bila kita tidak merawatnya dengan segera. Jangan anggap lebihan lelehan di faraj tu perkara biasa. Jangkitan kulat boleh disebabkan oleh sejenis kulat Candida sp yang membiak di kawasan yang panas, lembap dan gelap. Jangkitan kulat bukanlah penyakit kelamin. Kulat ini muncul secara semula jadi di faraj semua wanita tetapi menimbulkan gejala klinikal bila persekitaran di faraj berubah. TANDA-TANDA JANGKITAN KULAT 1) kegatalan pada vulva 2) discaj dari faraj ('white curdy discharge' atau seperti yogurt) tidak berbau. 3) pedih dan kemerahan pada vulva 4) pedih dan kemerahan pada faraj 5) sakit semasa hubungan kelamin 6) pedih semasa buang air kecil FAKTOR-FAKTOR PENGGALAK KEPADA JANGKITAN KULAT 1) kehamilan (memang biasa berlaku lelehan) 2) penyakit kencing manis (sumber gula yang tinggi) 3) antibiotik tertentu (spektrum luas) 4) steroid / ubat immuno-s...

LELEHAN DI FARAJ NORMAL ATAU ABNORMAL

Image
Assalammualaikum. Wanita mengalami keluarnya lelehan daripada faraj itu normal atau abnormal? Jangan risau, itu perkara normal bila keluarnya lelehan daripada faraj.Setiap wanita mengalaminya. Yang menjadi berbahayanya bila lelehan tersebut adalah abnormal. Apa itu lelehan faraj? Menurut Dr. Komathy Thiagarajan, doktor perbidanan dan sakit puan dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga serta Negara (LPPKN), lelehan faraj didefinisikan sebagai cecair yang keluar dari faraj yang mengandungi rembesan kelenjar-kelenjar pada faraj, serviks dan rahim serta sel-sel mati yang berubah-ubah dari segi konsistensi (pekat atau cair), warna (jernih atau keruh) dan bau (tidak berbau atau berbau). Semua wanita dalam usia reproduktif mengalami lelehan dari faraj yang berupa lendir jernih hasil rembesan kelenjar-kelenjar pada serviks dan kuantitinya yang berubah-ubah sepanjang tempoh kitaran haid bergantung pada paras oestrogen dalam darah. Lelehan normal - akan bertambah sekitar waktu s...

RAHSIA KEMBALIKAN KULIT REMAJA

Image
Assalammualaikum. Hari ini wafa nak kongsikan macam mana nak dapatkan rahsia kecantikan kulit agar kembali remaja. Nak cantik kena jaga pemakanan kita juga. Bukan hanya rawat pada muka saja tapi kena juga rawat dari dalam. Nah, baru la kulit cantik, sihat dan kembali remaja. Perempuan mana yang tak suka cantik kan? Sebelum itu, jom kita dapatkan rahsia Puan Nurul untuk kembalikan kulit remajanya yang pernah dirosakkan oleh bahan-bahan kimia. "Saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang mengamalkan Vitamin hebat Shaklee ini. Sebelum ini saya mengambil set vitamin Shaklee untuk menghilangkan jerawat, tetapi secara tidak langsung saya sedar parut-parut jerawat saya cepat pudar dan hilang. Ini adalah antara set vitamin yang saya ambil bagi memastikan kulit saya seimbang. ✔ ESP Shaklee ✔ Vitamin C ✔ Vitamin E Kombinasi antara Vitamin E + Vitamin C + Esp sangat-sangat superb hasilnya. Saya juga menggunakan Vitamin C sebagai masker pada waktu pagi dan Vitamin E sebagai mask...

KULIT LEBIH CANTIK MAKAN TOMATO

Image
Assalammualaikum. Nak tahu rahsia awet muda? Rahsianya ialah makan tomato mulai hari ini. Kulit akan lebih terjaga dan semakin cantik berseri. Haa, suka kan? Kumpulan pengkaji dari British Society for Investigative Dermatology dari gabungan Universiti Manchester dan Newcastle mendapati bahawa dengan makan lima sudu sos tomato setiap hari akan membantu memperbaiki tekstur kulit dan melindungi dari sinar ultra. Kajian ini juga membuktikan bahawa tomato merupakan agen makanan yang sangat berkesan untuk mencegah penuaan malah bermanfaat kepada pesakit-pesakit kanser. Kandungan antioksidan didalam tomato iaitu likopen ini ditemui didalam tomato dan berperanan memberikan manfaat kepada kulit. Kandungan penting dalam tomato juga mencapai kepekatan optimum apabila dimasak dengan betul. Malah antioksidan itu juga akan membantu mengurangi risiko penyakit kanser prostat bagi lelaki. Kesimpulannya, para pengkaji menyatakan zat antioksida pada tomato boleh memberikan perlindungan kepada ...

MASALAH PERTUTURAN SEMAKIN PULIH

Image
Assalammualaikum. Untuk pengetahuan semua, strok yang terjadi di sebelah kiri otak boleh menjejaskan kebolehan bertutur dan bahasa menyebabkan kesukaran membentuk bunyi yang difahami orang lain. Jadi, jom kita ikhtiar untuk masalah pertuturan ini semakin pulih agar kita mudah berkomunikasi dengan insan tersayang. Hari ini Wafa ingin kongsikan bagaimana Puan Hafza membantu suaminya yang mempunyai masalah pertuturan dan semakin pulih. " Saya Hafza Aein.. yang berkongsi cerita mengenai suami saya yang mengalami stroke dan juga masalah percakapan. Stroke yang dia alami boleh saya kategori sebagai stroke pendarahan. Tapi setelah menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami semakin pulih. . Tanggal 28 April 2014...suami mengalami masalah stroke dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat. Ya Allah...hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya time tu. . Doktor membuat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepa...

7 PENYEBAB RAMBUT ROSAK

Image
Assalammualaikum. Hari ini Wafa nak kongsikan tentang topik rambut. Ramai yang ingin tahu punca rambut rosak kan? Seperti yang kita sedia maklum rambut merupakan mahkota wanita yang berharga dan perlukan penjagaan rapi. Rambut yang tidak sihat boleh menjejaskan peribadi seorang wanita. Kini di pasaran terdapat pelbagai produk untuk penjagaan rambut bagi mengatasi masalah rambut rosak. Tiada alasan lagi untuk membiarkan sahaja rambut sedemikian rupa. Tetapi perlulah berhati-hati jangan sampai tersalah memilih produk. Pilih la produk yang diyakini selamat dan sesuai dengan rambut awak. APA YANG MENYEBABKAN RAMBUT ROSAK ? 1) KERAP MENCUCI Kerap mencuci rambut atau pon terlalu kurang mencuci juga memberikan kesan yang besar. Jadi perlu berhati-hati menguruskan rambut. Jika terlalu kerap mencuci rambut sampaikan setiap kali awak mandi kena cuci rambut akan menyebabkan rambut kehilangan kelembapan dan menjadi kering. Malah, jika awak sangat kurang mencuci rambut pon akan menyeba...