LELEHAN DI FARAJ NORMAL ATAU ABNORMAL

Assalammualaikum.

Wanita mengalami keluarnya lelehan daripada faraj itu normal atau abnormal? Jangan risau, itu perkara normal bila keluarnya lelehan daripada faraj.Setiap wanita mengalaminya. Yang menjadi berbahayanya bila lelehan tersebut adalah abnormal.

bahayanya lebihan lelehan di faraj

Apa itu lelehan faraj? Menurut Dr. Komathy Thiagarajan, doktor perbidanan dan sakit puan dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga serta Negara (LPPKN), lelehan faraj didefinisikan sebagai cecair yang keluar dari faraj yang mengandungi rembesan kelenjar-kelenjar pada faraj, serviks dan rahim serta sel-sel mati yang berubah-ubah dari segi konsistensi (pekat atau cair), warna (jernih atau keruh) dan bau (tidak berbau atau berbau).

Semua wanita dalam usia reproduktif mengalami lelehan dari faraj yang berupa lendir jernih hasil rembesan kelenjar-kelenjar pada serviks dan kuantitinya yang berubah-ubah sepanjang tempoh kitaran haid bergantung pada paras oestrogen dalam darah.

Lelehan normal- akan bertambah sekitar waktu subur (ovulasi), semasa melakukan hubungan kelamin, semasa stress dan selepas senaman.

Lelehan abnormal- lelehan yang berlainan dari kebiasaan sama ada dari segi konsistensi, warna atau bau. Sebab-sebab berlakunya lelehan abnormal adalah termasuk :
1) jangkitan kulat (candida)
2) jangkitan bakteria (bacterial vaginosis)
3) jangkitan protozoa (Trichomonas)
4) penyakit kelamin
5) tertinggal tampon atau benda asing
6) kanser faraj atau serviks (selalunya lelehan ini bercampur dengan darah)

Haa, sekarang dah jelas kan perbezaan lelehan faraj normal atau abnormal? Nak tau bahayanya lebihan lelehan di faraj boleh tengok pada entry wafa yang seterusnya, klik Jangkitan Kulat Pada Faraj. Dan untuk pengetahuan awak semua jangkitan kulat pada faraj juga adalah disebabkan lebihan lelehan di faraj. Bahaya tau bila tidak dirawat. Mencegah itu lebih baik daripada merawat kan.

Healthy & Beauty
-WafaWaffu-

Comments

Popular posts from this blog

RAHSIA LUKA CZER CEPAT SEMBUH

RAHSIA SAKIT CZER MINIMAL DAN CEPAT SEMBUH

RAHSIA SAKIT DAN LENGUH BADAN HILANG SELEPAS 3 MINGGU