7 PENYEBAB RAMBUT ROSAK
Assalammualaikum.
Hari ini Wafa nak kongsikan tentang topik rambut. Ramai yang ingin tahu punca rambut rosak kan? Seperti yang kita sedia maklum rambut merupakan mahkota wanita yang berharga dan perlukan penjagaan rapi. Rambut yang tidak sihat boleh menjejaskan peribadi seorang wanita.
Kini di pasaran terdapat pelbagai produk untuk penjagaan rambut bagi mengatasi masalah rambut rosak. Tiada alasan lagi untuk membiarkan sahaja rambut sedemikian rupa. Tetapi perlulah berhati-hati jangan sampai tersalah memilih produk. Pilih la produk yang diyakini selamat dan sesuai dengan rambut awak.
APA YANG MENYEBABKAN RAMBUT ROSAK ?
1) KERAP MENCUCI
Kerap mencuci rambut atau pon terlalu kurang mencuci juga memberikan kesan yang besar. Jadi perlu berhati-hati menguruskan rambut. Jika terlalu kerap mencuci rambut sampaikan setiap kali awak mandi kena cuci rambut akan menyebabkan rambut kehilangan kelembapan dan menjadi kering. Malah, jika awak sangat kurang mencuci rambut pon akan menyebabkan rambut rosak. Biasanya rambut yang jarang dicuci akan berminyak hingga menyebabkan rambut senang gugur dan kelemumur juga akan muncul menyebabkan kulit kepala gatal.
2) IKATAN RAMBUT
Untuk ikat rambut pon ada caranya tau. Mengikat terlalu kuat punca tekanan dekat pangkal rambut dan kulit kepala. Jadi, elakkan diri awak daripada mengikat rambut menggunakan gelang getah (alaa yang warna oren atau hijau tu) kerana boleh menyebabkan rambut awak terputus.
3) KERAP WARNAKAN RAMBUT
Terlalu kerap warnakan rambut sama ada kekal atau semi kekal dan buat pengerintingan atau perlurusan rambut menyebabkan masalah rambut rosak. Proses ini punca kerosakan pada kutikel rambut dan seterusnya membawa kepada kerosakan ikatan protein pada rambut dan menjadikan strukturnya menjadi lemah. Bahkan, timbul pula masalah lain termasuklah kelemumur.
4) SUHU PENGERINGAN RAMBUT
Tahap kepanasan suhu yang terlalu tinggi dan kerap pada pengering rambut, pengerinting dan pelurus rambut penyebab kerosakan kutikel rambut serta menghilangkan kelembapan pada rambut seterusanya menyebabkan rambut awak bercabang. Jadi, kenalah seimbangkan penggunaan alat yang bersuhu tinggi agar kesihatan rambut terjamin.
5) CUCIAN RAMBUT
Perlu diingatkan, mandi bukan hanya bertujuan untuk membersihkan diri semata-mata. Tetapi rambut juga perlu dicuci dengan bersih. Contohnya, mencuci rambut tidak sempurna setelah selesai berenang juga membawa kerosakan rambut kerana terdapat garam dan klorin yang melekat pada rambut lalu membawa kepada rambut rosak.
6) KEADAAN CUACA
Cuaca juga merupakan faktor kepada rambut rosak kerana sinaran ultraungu yang mampu menghilangkan protein rambut lalu merosakkan kutikel rambut. Lebih-lebih lagi rambut yang pernah melalui proses kimia seperti pewarnaan, pengerintingan atau perlurusan.
7) MENYIKAT RAMBUT
Ramai yang tidak tahu , cara menyikat rambut juga turut mempengaruhi kesihatan rambut. Biasanya menyikat rambut terlalu kuat dan kerap boleh menyebabkan kecederaan kulit kepala lalu membawa kepada keguguran rambut dan kelemumur.
CARA ATASI RAMBUT ROSAK
i) Jadikan amalan mencuci rambut sekurang-kurangnya 2 hari sekali serta menggunakan syampu yang sesuai dengan masalah rambut awak.
ii) Jangan terlalu bergantung kepada syampu semata-mata, tetapi gunakan juga perapi untuk rambut tampil lebih sihat. Sebaik-baiknya elakkan perapi mengenai kulit kepala awak.
iii) Amalkan perawatan khusus seperti mendapatkan rawatan rambut di salon rambut yang bertauliah dan memakai 'hair mask' sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk memperbaiki keadaan rambut.
Selamat beramal.

Comments
Post a Comment